Wednesday 26 November 2014

Pisang Goreng Cheese

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng 






BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng
















Thursday 20 November 2014

Kueh Bakar Sedap

Dah habis separuh
KUEH BAKAR

Bahan Kisar

4-5 Helai Daun Pandan Dikisar dan diambil airnya

Bahan-Bahan Lain

4 Cawan Tepung Gandum
2 Biji Telur
2 Cawan Santan segar
Pewarna Hijau
Sedikit Garam
2 Cawan Gula
Sedikit bijan untuk Hiasan

Cara-Caranya:-

1- Blander Daun pandan dan tapiskan airnya
2- Ayak tepung gandung masukkan dalam bekas untuk di adun
3- Adunkan Gandum bersama Air pandan kemudian adunkan sekali dengan telur
4-Masukkan sedikit garam dan adun sekali bersama gula
5-Bancuhan adunan memang sedikit cair kemudian masukkan santan
6-Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau
7-Goreng Bijan tanpa minyak
8-Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius
9-Bakar Adunan tadi selama 1 jam atau lebih sehingga merekah


Selamat mencuba

Tepung Gandum- 4 Cawan Telur- 2 Biji Santan- Dari Perahan 2 Biji Kelapa Gula- 2 Cawan Daun Pandan- 2 Helai Air Garam- Secukup Rasa Perwarna Hijau- Sedikit Sahaja Bijan- Hiasan Mesin Pengisar (Blender)- Bahan Penting

Make Money at : http://bit.ly/copy_win